Smartbiz Intan Niaga Trading Sdn. Bhd. (“SINTSB”) menghormati data peribadi berhubung dengan hak privasi setiap individu. Data Peribadi dan Dasar Privasi (“DPDP”) ini diolah mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta tersebut”) dan Peraturan-Peraturan Perlindungan Data Peribadi 2013 (“Peraturan tersebut”). Bagi tujuan ini, “Data Peribadi” akan mempunyai maksud sepertimana yang dijelaskan di dalam Akta tersebut.

1. TUJUAN PENGUMPULAN DATA PERIBADI

1.1. Apabila anda memberikan Data Peribadi anda kepada SINTSB melalui internet atau sebaliknya, anda telah bersetuju bahawa SINTSB akan mengumpul, menyimpan dan menggunakan Data Peribadi tersebut untuk tujuan yang berikut:-

● Menyediakan perkhidmatan untuk anda di bawah mana-mana perniagaan SINTSB;

● Memproses permohonan anda di bawah mana-mana program SINTSB;

● Pemasaran barangan dan perkhidmatan serta menghantar apa-apa iklan dan/atau bahan promosi kepada anda;

● Mengendalikan penyelidikan ke atas barangan baru dan perkhidmatan untuk anda;

● Menjalankan prosedur yang hampir sama mengikut undang-undang;

● Memaklumkan kepada anda tawaran khas atau produk baru, terkini dan promosi;

● Melaksanakan pengiraan statistik dan analisis tingkah laku serta ciri-ciri anda untuk mengukur kepentingan dalam penggunaan pelbagai jenis laman sesawang dan menyediakan maklumat ini kepada para pengiklan dengan maklumat berkenaan beserta bilangan pengguna yang telah terdedah kepada atau klik pada banner mereka;

● Membuat pendedahan tersebut sebagaimana yang dikehendaki bagi mana-mana maksud di atas atau oleh undang-undang

1.2. Anda selanjutnya bersetuju bahawa SINTSB boleh mendedahkan dan memindahkan (samada di dalam Malaysia atau di luar negara) kepada pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada agen-agen SINTSB, kontraktor kontraktor, rakan kongsi, para pengiklan, operator rangkaian, syarikat-syarikat bersekutu, mana-mana institusi kewangan yang berkaitan, mana-mana pihak yang bertanggungjawab terhadap kerahsiaan kepada SINTSB, mana-mana syarikat yang berada di dalam kumpulannya, mana-mana pihak yang menjadi rujukan yang mana butirannya telah anda sediakan dan mana-mana pemegang serahhak atau penerima pindahan hak SINTSB yang sebenar atau yang telah dicadangkan, yang berhak berkenaan dengan anda untuk digunakan, didedah, dipegang, diproses, disimpan atau dipindahkan Data Peribadi tersebut bagi tujuan 1.1 di sini untuk dan bagi pihak SINTSB.

1.3. Sekiranya Data Peribadi yang mencukupi tidak dibekalkan atau tidak memuaskan SINTSB sila ambil perhatian bahawa permohonan atau permintaan anda kepada SINTSB untuk apa-apa tujuan yang dinyatakan di 1.1 tidak akan diterima.

1.4. Mana-mana Data Peribadi yang telah anda kemukakan akan disimpan oleh SINTSB selama tempoh yang perlu bagi tujuan yang dinyatakan di 1.1 atau dikehendaki untuk memenuhi kehendak undang-undang, perakaunan, keperluan atau melindungi kepentingan SINTSB.

1.5. Jika anda dibawah umur lapan belas (18) tahun dan/atau Mahkamah telah melantik seseorang untuk menguruskan hal ehwal anda dan/atau telah diberi kuasa secara bertulis kepada seseorang untuk bertindak bagi pihak anda dan menguruskan hal ehwal anda, sila ambil MAKLUM bahawa PERSETUJUAN daripada ibubapa/penjaga atau mana-mana orang yang dilantik oleh Mahkamah atau orang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak anda dan menguruskan hal ehwal anda MESTILAH DIPEROLEH terlebih dahulu sebelum anda mendedahkan apa-apa data peribadi anda kepada SINTSB.

2. KERAHSIAAN

2.1. Data Peribadi yang dipegang oleh SINTSB akan dirahsiakan mengikut Data Peribadi dan Dasar Privasi menurut mana-mana undang-undang yang terpakai dan berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

2.2. Sebarang pertanyaan, komen, cadangan atau maklumat selain daripada Data Peribadi yang telah dihantar atau diposkan ke laman sesawang ini, atau mana-mana bahagian daripada laman sesawang ini oleh pelawat akan dianggap diberi secara sukarela kepada SINTSB secara tidak sulit dan bukan hakmiliknya. SINTSB berhak untuk menggunakan, mengeluarkan semula, menghantar, menerbitkan, menyiarkan dan/atau mengeposkan maklumat tersebut di tempat lain secara bebas, termasuk menyerahkan maklumat tersebut kepada mana-mana pihak ketiga contohnya, berkaitan dengan pembangunan, pembuatan, pemasaran produk dan perkhidmatan serta untuk memenuhi keperluan pelanggan.

3. KESELAMATAN DATA PERIBADI

Segala usaha yang berpatutan dan langkah-langkah praktikal dibuat untuk memastikan sebarang Data Peribadi yang dipegang oleh SINTSB dikemaskini dan dilindungi daripada sebarang kehilangan, salahguna, pengubahsuaian, capaian yang tidak dibenarkan atau secara tidak sengaja atau pendedahan, pengubahsuaian atau kemusnahan.

4. KETEPATAN DATA PERIBADI

Anda bertanggungjawab untuk memastikan semua Data Peribadi anda yang telah diserahkan dan disimpan oleh kami adalah tepat, tidak mengelirukan, telah dikemaskini serta lengkap dari segala aspek. Bagi mengelakkan sebarang keraguan, kami dan/atau kumpulan syarikat dan/atau para pekerjanya atau pegawai yang telah diberi kuasa atau agen-agen tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana data peribadi anda telah diserahkan kepada kami yang tidak tepat, mengelirukan, tidak lengkap dan tidak dikemaskini.

5. PAUTAN

Laman sesawang kami mungkin mengandungi pautan ke laman-laman sesawang lain. Dengan mengaktifkan pautan tersebut, sebagai contoh seperti klik pada banner pengiklan, anda meninggalkan laman sesawang kami dan SINTSB tidak melaksanakan kawalan ke atas mana-mana Data Peribadi atau apa-apa maklumat lain yang anda berikan kepada mana-mana entiti lain selepas anda meninggalkan laman sesawang kami.

6. HAK PENGAKSESAN DATA PERIBADI

6.1. Di bawah Akta tersebut, anda mempunyai hak akses ke atas Data Peribadi anda yang dipegang oleh SINTSB pada pembayaran kos yang telah ditetapkan dan untuk membuat permohonan pembetulan data peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan, atau tidak dikemaskini

6.2. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Data Peribadi dan Dasar Privasi (“DPDP”) SINTSB atau anda ingin mengakses Data Peribadi anda atau jika anda ingin membuat pembetulan ke atas Data Peribadi anda, atau jika anda ingin menarikbalik kebenaran anda untuk SINTSB memproses Data Peribadi anda bagi tujuan di 1.1 atau untuk memindahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga yang dinyatakan dalam 1.2, anda boleh menghantar permintaan anda tersebut secara bertulis seperti di alamat berikut:

Smartbiz Intan Niaga Trading Sdn. Bhd.

No.6A, Jalan Lumut,
Kompleks Damai,
50400, Kuala Lumpur
Malaysia

Attention: Marketing Department
Careline : +6011-1856 8103
Email: [email protected]

SINTSB berhak untuk mengenakan bayaran fi yang berpatutan untuk memproses permohonan untuk mendapatkan data peribadi anda sahaja.

Comments are closed.