Mengenai Kami

Kami Menyatukan Inovasi, Kualiti, dan Nilai Untuk Anda

group-image
group-image
Mengenai Kami

Berkongsi Inspirasi, Mewujudkan Kejayaan!

Smartbiz Frozen Mart, diilhamkan oleh En. Rimi Ismail dan Dr. Shamsiah Ismail, melangkah masuk ke arena peruncitan pada 2019, dengan pembukaan cawangan pertama kami di Taman Aman Putra, Jinjang, Kuala Lumpur. Sejak itu, kami telah mencapai pertumbuhan yang mengagumkan dalam mencabar norma dan meraih peluang.

Ketika wabak Covid-19 melanda dunia dan ekonomi global merosot, sektor peruncitan kami terus beroperasi, menjadikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai titik tolak untuk menggerakkan pertumbuhan perniagaan kami. Pada akhir tahun 2021, Smartbiz Frozen Mart telah berjaya membuka enam cawangan, menunjukkan kekuatan dan ketahanan kami dalam menghadapi kesukaran.

Dengan memandang ke hadapan, kami telah mengambil inisiatif proaktif untuk memperluas cakupan kami ke alam maya. Pada tahun 2022, kami memperkenalkan kedai online kami dan sistem e-voucher, sejajar dengan trend digital masa kini. Inisiatif ini dirancang untuk memudahkan pelanggan melakukan pembelian dan menikmati penjimatan dalam belanja harian mereka.

Visi kami adalah menjadi pusat runcit utama untuk keperluan harian pelanggan, mempersembahkan barangan runcit, barangan sejuk beku, dan keperluan rumah. Kami berazam untuk terus berinovasi dan bertumbuh, dan dengan dedikasi dan komitmen anda, kami percaya masa depan cerah menanti Smartbiz Frozen Mart.

Kemudahanan untuk semua

Jauh ? Beli melalui kedai online kami. Kami hantar .

Back to top